Monday, March 23, 2009

Barokah kalimah Al-Quran !



Al-Quran tersangat hebat yang diwahyukan Allah kepada Junjungan Nabi kita Muhammad (S.A.W) melalui perantaraan Malaikat Jibril dan ia adalah mukjizat Nabi kita yang kekal sehingga hari kiamat. Al-Quran bukan kata-kata manusia. Al-Quran adalah kata-kata pencipta manusia dan pencipta segala yang wujud. Jika Ia sangat hebat, maka begitulah kata-katanya. Oleh kerana tidak ada kata-kata Allah yang masih kekal selain dari Al-Quran, maka seboleh-bolehnya kita mahu melekat dengan Al-Quran. Kita mahu melekat dengan bahasa Al-Quran dan istilah Al-Quran.
Bahasa Arab bukan hebat kerana bahasanya, tetapi hebat kerana Allah memilihnya menjadi bahasa Al-Quran. Bahasa Arab telah wujud sejak beribu-ribu tahun. Tidak ada apa yang hebatnya hingga turunlah Al-Quran. Akhirnya bahasa Arab dan orang Arab sendiri menjadi hebat kerana adanya Quran.
Oleh itu dalam menulis atau berkarya kita seboleh-bolehnya ingin menggunakan istilah yang digunakan dalam bahasa arab dan 
kita cuba sedaya upaya untuk guna istilah dari Al-Quran. Mula-mula mungkin kita akan keliru dan mungkin juga akan comfius dengan istilah melayu kadangkalanya. Sebabnya.. kadangkala banyak perkataan melayu yang diambil dari bahasa Arab atau dari Al-Quran, tetapi orang melayu menggunakannya dengan makna yang lain. Oleh itu bila kita baca Al-Quran, kita kadangkala silap faham dan disarankan untuk merujuk tafsir contohnya Tafsir Ibn Kathir dan sebagainya disamping merujuk kepada terjemahannya sahaja. Terjemahan sahaja tidak mencukupi untuk memahami maksud-maksud yang hendak disampaikan Allah,dan disebabkan itulah kita disarankan merujuk tafsir,lagi Wadhih dan Jelas. Ana menyarankan juga disamping membaca Quran sehari-harian digalakkan untuk memahami Isi dan mesej yang hendak disampaikan Allah,kalau kita luangkan masa 10 ayat sehari untuk memahami tafsir atau maksud dalam Al-Quran adalah memadai untuk permulaan..lama-lama bolehlah ditingkatkan pemahaman maksud ayat. Bak kata pepatah “ Sikit-sikit,lama-lama jadi Bukit” Tidak mustahil jika kita sentiasa Istiqamah dan lagi elok jika kita dapat menghafal Kalam Allah. ‘Hafizul Quran’ satu Rahmat yang Besar yang dikurniakan Allah bagi sesiapa yang berkehendakannya..Berbalik kepada persoalan tadi, dalam Kita menggunakan perkataan dari Al-Quran hendaklah dengan membawa makna yang betul. Insya Allah lama-kelamaan bila kita telah faham dan faham, kita akan dapat faham Al-Quran dengan baik. Kalau kita dah faham istilah dalam Al-Quran, maka kita akan dapat faham Quran.
Selain itu, bila kita gunakan bahasa dan term Al-Quran, kita akan beroleh berkat dari kata-kata itu. Ana harapkan semoga kita semua mendapat keberkatan dari Al-Quran dan dijauhkan dari Fitnah Al-Quran…Sesungguhnya Kata-kata manusia tak tentu lagi betul atau tidak tapi Kata-kata Allah sudah mestinya betul. Jadikan Al-Quran kekasih dan teman kita yang sentiasa dibaca,difahami. Allah akan sentiasa bersama- sama kita..

يا ربنا نور دربنا
اهدي قلبنا
قرآننا يهدي للخير والبر
أنزله البر في ليلة القدر
يا خير الإنسان
اعمل بقرآن نهجا ودستورا في كل أزمان
 يا قارئ الذكر
بالليل والفجر
حافظ على الأمر
بكثرة الذكر
الله أتاك
خيرا وأعطاك
والكون لولاك
وحبكم معك
صلي على منك
منك لنا الرحمة
محمد المختار قدوتي في ديني.




No comments:

Post a Comment