Thursday, March 26, 2009

Maat Taufiq wannajah Fil imtihan.


Itulah perkataan yang selalu diucapkan oleh sahabat-sahabatku bile tibanya waktu2 final exm..mklumlah final exam hampir tiba dan InsyaAllah akan bermula pada 3 April dan akan berakhir pada 18 April. Tetapi ada pelajar-pelajar yang akan menempuhi exam lebih awal dari tarikh tersebut termasuk diriku yang akan menempuhinya pada 28 March.mmm.. cukupkah persiapan yang telah ku lakukan???:) Tepuklah dada Tanya Iman..
Memang tidak dinafikan Semuanya sudah melengkapkan diri untuk mengulangkaji subjek masing-masing maklumlah nak skor yang terbaik…tp nasihatku study2 jugak,hubungan dengan Allah mesti dijaga:) luangkan mase untuk menimba ilmu dan luangkan mase untuk MengingatiNya. Moga Allah memberkati ilmu dan hafalan kita disebabkan banyaknya kita mengingatiNya..
Moga kejayaan sentiasa mengiringimu sahabat-sahabatku, kejayaan didunia dan akhirat.Aminn



Tuesday, March 24, 2009

Teman...


Teman
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!

Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?

Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..

Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..

DIA yang terbaik..
Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..

Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik

Sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah DIA..
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak mengetahui.
ALLAHU A'LAM.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yang sebenar
Insya ALLAH!!



Izinkan aku menyintai-Mu


 
Tuhanku,
Aku masih ingat, saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu Lembar demi lembar kitab kupelajari Untai demi untai kata para ustaz kuresap Tentang cinta para nabi Tentang kasih para sahabat Tentang mahabbah para sufi Tentang kerinduan para syuhada Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang mengawang di awan

Tapi Rabbii,
Berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan kemudian tahun berlalu Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama, tapi Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu Aku makin merasakan gelisahku membadai Dalam cita yang mengawang Sedang kakiku mengawang, tiada menjejak ke bumi Hingga aku terhempas dalam jurang Dan kegelapan

Wahai Ilahi,
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi dan menegakkan jiwaku kembali Menatap, memohon dan menghibaMu.

Allahu Rahiim, Ilaahi Rabbii,
Perkenankanlah aku mencintaiMu, Semampuku
Allahu Rahmaan, Ilaahi Rabii
Perkenankanlah aku mencintaiMu Semampuku Dengan segala kelemahanku

Ilaahi,
Aku tak sanggup mencintaiMu Dengan kesabaran menanggung derita Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al musthafa Karena itu izinkan aku mencintaiMu Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu Atas derita batin dan jasadku Atas sakit dan ketakutanku
Rabbii,
Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu bakar, yang menyedekahkan seluruh hartanya dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga. Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad. Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan Ad-dinMu. Izinkan aku mencintaiMu, melalui seratus-dua ratus duit yang terulur pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan, pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di jambatan-jambatan. Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.

Ilaahi, aku tak sanggup mencintaiMu dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya. Karena itu Ya Allah, perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu, dalam solat yang cuba kudirikan terbata-bata, meskipun ingatan kekadang melayang ke berbagai permasalahan dunia.

Robbii, aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib, yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu. Maka izinkanlah aku untukmencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku. Dalam satu dua sunnah nafilahMu. Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Yaa Rahmaan,
Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah, yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam. Perkenankanlah aku mencintaiMu, melalui selembar dua lembar tilawah harianku. Dengan seayat dua ayat hafalanku.

Yaa Rahiim
Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Sumayyah, yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DinMu. Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu. Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu. Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Kariim, aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya, bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putera dan zaujahnya, dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya. Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya. Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku, dengan mencintai sahabat-sahabatku, dengan mencintai manusia dan alam semesta.

Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku. Agar cinta itu mengalun dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku.



Monday, March 23, 2009

Barokah kalimah Al-Quran !



Al-Quran tersangat hebat yang diwahyukan Allah kepada Junjungan Nabi kita Muhammad (S.A.W) melalui perantaraan Malaikat Jibril dan ia adalah mukjizat Nabi kita yang kekal sehingga hari kiamat. Al-Quran bukan kata-kata manusia. Al-Quran adalah kata-kata pencipta manusia dan pencipta segala yang wujud. Jika Ia sangat hebat, maka begitulah kata-katanya. Oleh kerana tidak ada kata-kata Allah yang masih kekal selain dari Al-Quran, maka seboleh-bolehnya kita mahu melekat dengan Al-Quran. Kita mahu melekat dengan bahasa Al-Quran dan istilah Al-Quran.
Bahasa Arab bukan hebat kerana bahasanya, tetapi hebat kerana Allah memilihnya menjadi bahasa Al-Quran. Bahasa Arab telah wujud sejak beribu-ribu tahun. Tidak ada apa yang hebatnya hingga turunlah Al-Quran. Akhirnya bahasa Arab dan orang Arab sendiri menjadi hebat kerana adanya Quran.
Oleh itu dalam menulis atau berkarya kita seboleh-bolehnya ingin menggunakan istilah yang digunakan dalam bahasa arab dan 
kita cuba sedaya upaya untuk guna istilah dari Al-Quran. Mula-mula mungkin kita akan keliru dan mungkin juga akan comfius dengan istilah melayu kadangkalanya. Sebabnya.. kadangkala banyak perkataan melayu yang diambil dari bahasa Arab atau dari Al-Quran, tetapi orang melayu menggunakannya dengan makna yang lain. Oleh itu bila kita baca Al-Quran, kita kadangkala silap faham dan disarankan untuk merujuk tafsir contohnya Tafsir Ibn Kathir dan sebagainya disamping merujuk kepada terjemahannya sahaja. Terjemahan sahaja tidak mencukupi untuk memahami maksud-maksud yang hendak disampaikan Allah,dan disebabkan itulah kita disarankan merujuk tafsir,lagi Wadhih dan Jelas. Ana menyarankan juga disamping membaca Quran sehari-harian digalakkan untuk memahami Isi dan mesej yang hendak disampaikan Allah,kalau kita luangkan masa 10 ayat sehari untuk memahami tafsir atau maksud dalam Al-Quran adalah memadai untuk permulaan..lama-lama bolehlah ditingkatkan pemahaman maksud ayat. Bak kata pepatah “ Sikit-sikit,lama-lama jadi Bukit” Tidak mustahil jika kita sentiasa Istiqamah dan lagi elok jika kita dapat menghafal Kalam Allah. ‘Hafizul Quran’ satu Rahmat yang Besar yang dikurniakan Allah bagi sesiapa yang berkehendakannya..Berbalik kepada persoalan tadi, dalam Kita menggunakan perkataan dari Al-Quran hendaklah dengan membawa makna yang betul. Insya Allah lama-kelamaan bila kita telah faham dan faham, kita akan dapat faham Al-Quran dengan baik. Kalau kita dah faham istilah dalam Al-Quran, maka kita akan dapat faham Quran.
Selain itu, bila kita gunakan bahasa dan term Al-Quran, kita akan beroleh berkat dari kata-kata itu. Ana harapkan semoga kita semua mendapat keberkatan dari Al-Quran dan dijauhkan dari Fitnah Al-Quran…Sesungguhnya Kata-kata manusia tak tentu lagi betul atau tidak tapi Kata-kata Allah sudah mestinya betul. Jadikan Al-Quran kekasih dan teman kita yang sentiasa dibaca,difahami. Allah akan sentiasa bersama- sama kita..

يا ربنا نور دربنا
اهدي قلبنا
قرآننا يهدي للخير والبر
أنزله البر في ليلة القدر
يا خير الإنسان
اعمل بقرآن نهجا ودستورا في كل أزمان
 يا قارئ الذكر
بالليل والفجر
حافظ على الأمر
بكثرة الذكر
الله أتاك
خيرا وأعطاك
والكون لولاك
وحبكم معك
صلي على منك
منك لنا الرحمة
محمد المختار قدوتي في ديني.




Islam Adalah Agama Kedamaian Tetapi Ia Telah Mewajibkan Jihad



 
Islam adalah satu agama yang telah diutuskan Allah kepada Rasul-rasul dan nabi nabi semenjak dahulu lagi. Kemudian, Allah
mengutuskan Junjungan Nabi kita Muhamad saw dan Allah telah menjadikan Islam untuk manusia hingga ke hari kiamat. Dan Islam
adalah satu agama yang syumul( melengkapi semua aspek kehidupan ) Dan ia adalah satu agama perdamaian, keamanan,
kemerdekaan, dan keadilan. Ia adalah agama kecintaan, kasih sayang, tolong menolong dan imbang mengimbangi, ia menyuruh kepada melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. . ASSyahid Imam Hassan Al-Banna mengatakan dalam Risalah Jihadnya Allah telah mewajibkan jihad secara tegas kepada setiap muslim. Tidak ada alasan bagi orang Islam untuk meninggalkan kewajipan seruan ini. Ia mendorong orang Islam supaya cinta kepada mati Syahid, serta meninggikan kedudukan para syuhada’. Tidak ada yang menandingi betapa besarnya pahala kecuali orang-orang yang mengikuti jejak mereka di medan jihad. Allah mengurniakan mereka pelbagai kelebihan ruhiyah dan amaliyah, baik di dunia maupun di akhirat, yang tidak diberikan selain mereka. Allah menjadikan darah mereka yang suci sebagai harga bagi kemenangan dunia serta lambing kemuliaan bagi keuntungan dan kejayaan di akhirat. Tanpa Jihad tidak berdirilah tunggak bagi agama ini, maka tersebarlah kebatilan serta meratalah
kerosakan. Allah swt telah memerintahkan orang-orang Islam supaya bersiap sedia dengan kekuatan dengan firmannya:-
"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk
berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu
tidak mengetahui; sedangkan Allah mengetahuinya" (al Anfal: 60).
Sesungguhnya persediaan adalah sebaik-baik jalan ke arah keselamatan. Firman Allah Taala lagi:
"Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah.
Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya
pahala yang besar" (an-Nisa': 74).
Begitu juga Allah telah menjanjikan kepada mereka yang tidak berjuang dengan seburuk-buruk balasan. Di samping itu, Jihad di jalan Islam adalah semulia-mulia tujuan. Juga, jalannya itu merupakan semulia-mulia jalan. Sesungguhnya Allah telah mengharamkan pencerobohan. Adapun orang-orang Islam apabila mereka berperang, mereka tidak melampaui batas, mereka tidak menghancurkan, mereka tidak merosakkan (memotong) tumbuhan, tidak mencuri, tidak merampas harta benda, dan mereka juga tidak mencerobohi tempat-tempat larangan (yang dihormati). Maka mereka dalam peperangan itu adalah sebaik-baik pejuang sebagaimana mereka juga dalam perdamaian mereka adalah sebaik-baik orang yang berdamai. Begitu juga, telah nyata
larangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang-orang tua, serta larangan daripada membunuh orang-orang yang cedera, menghina
rahib-rahib dan orang-orang yang bertapa (beruzlah). Dan sesiapa yang tidak memerangi tentera Islam adalah selamat. Maka di
manakah jika dibandingkan dengan serangan-serangan terhadap orang-orang awam, dan kekejaman keatas mereka
yang sangat keji?
Di antara kata-kata al Imam asSyahid Hasan al Banna juga di bawah tajuk "Kenapa seorang Islam itu tidak
berjuang?" yang mengatakan "Allah mewajibkan Jihad ke atas orang-orang Islam bukanlah untuk membawa kepada pencerobohan,
dan bukan juga satu cara untuk menyempurnakan tamak haloba individu, tetapi sebagai benteng pelindung untuk dakwah, serta
jaminan untuk orang Islam, juga untuk menyempurnakan Risalah al Kubra (Risalah yang besar) yang dipikul bebannya oleh orang
Islam iaitu risalah memimpin manusia kepada kebenaran dan keadilan. Adapun Islam, meskipun ia mewajibkan peperangan ia juga
telah mengambilberat dengan perdamaian. Sebagaimana firman Allah:
"Dan jika mereka bermaksud kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah.." (al Anfal: 61).
Begitu juga, al Imam asSyahid berkata pada penutup Risalah al Jihad "Sesungguhnya ummat yang menyebabkan kematian dengan
cara yang baik dan mengetahui bagaimana untuk mati dalam kematian yang mulia, Allah mengurniakan kepadanya kehidupan yang
mulia di dunia dan kenikmatan yang abadi di akhirat. Tidak adalah yang melemahkan kita yakni kecintaaan kepada dunia
dan kebencian kepada mati. Maka persiapkanlah diri kamu untuk amal yang besar ini dan inginkanlah kepada kematian, nescaya
akan diberikan kepadamu kehidupan. Dan ketahuilah kematian itu adalah sekali sahaja, jika kamu jadikannya pada jalan Allah jadilah ia keuntungan di dunia dan balasan pahala di akhirat. Tidaklah menimpa
kamu melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kamu. Maka ketahuilah, dengan kematian yang mulia itu kamu berjaya
dengan kebahagian yang sempurna. Semoga Allah mengurniakan kepada kami dan kepadamu kemuliaan mati syahid di jalanNya."
Di sini kami mengira bahawa sesungguhnya dia (Imam asSyahid) telah berjaya dengan mati syahid pada jalan Allah. Seterusnya
kami memohon kepada Allah agar mengurniakan kami mati syahid pada jalanNya, agar memuliakan kami dengan Islam dan
memuliakan Islam dengan kami, sesungguhnya..



Thursday, March 12, 2009

Pembuangan Bayi


Kes pembuangan bayi semakin berleluasa pada zaman sekarang seperti kita membuang sampah sehari-harian..tp itulah hakikatnya pada zaman sekarang seolah –olah tiada langsung perasaan belas kasihan dan simpati dalam diri. Memang tiade langsung pun kan, kalau tidak tak sampai hati nak buang..Bayi yang tidak berdosa dibungkus dalam plastic kemudian dicampak.Astaqfirullah..Baru- baru nie ana terbace dalam kosmo mayat baby yang dikelilingi burung gagak yang sedang mematuk tubuh baby berkenaan..bayi yang cukup sifat dan sangat comel..MasyaAllah tak sanggup untuk melihat betapa kesiannya baby tu dan betapa kejamnye ibu kepada baby tersebut…inilah punca dari gejala pakwe makwe yang jelasnya perhubungannye adalah haram dalam Islam dan kebanyakan kes ini dilakukan oleh ramaja-remaja Islam..Nauzubillah.Dimanakah Islam yang dipegang???Semoga Allah melindungi kite semua.
 Bayi itu sepatutnya di sambut dengan kalimah Allah yakni Azan dan iqamat tapi ia disambut dengan sampah-sampah sarap.Astaqfirullah..Dengarlah rintihan dan tangisan bayi itu yang meronta-ronta memanggil ibunya..Apalah salah bayi tersebut yang tidak mengerti apa-apa sampai sanggup dibuang. Cukuplah dengan dosa penzinaan dan ditambah pula dengan dosa membunuh.. Al-Quran dan ASSunnah sering memperingatkan tentang nilai hidup setiap makhluk. Kita dilarang sama sekali mencabut nyawa janin termasuk haiwan sekalipun kecuali atas ketentuan dibenarkan Allah. Ibu atau pasangan tanpa rasa 
 Allah berfirman dalam surah asy-Syura ayat 49-50 bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dikehendaki. Sesungguhnya Dialah yang maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." Anak anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan yang lahir daripada ikatan perkahwinan . Oleh itu manusia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjaga amanah Allah ini dari segala segi samaada keperluan fizikal, mental dan material. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran"
Kemanakah perginya remaja-remaja harapan ummah??? Realitinya isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman jahiliah apabila membunuh bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga.
Di manakah perikemanusiaan jika bayi tidak berdosa yang sepatutnya dididik,diberi kasih sayang dibuang seperti sampah..BAyi itu sangat suci dan tidak mengerti ape2.kejamnye kite sanggup membuang amanah yang dianugerahkan Allah. haiwan sayangkan anak, inikan pula manusia yang bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.Rasulullah bersabda maksudnya: "Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab.
Ingatlah sahabat-sahabatku dunia ini hanya palsu, kalau kite lemah kite akan tewas. Arus kemodenan disamping pengaruh barat yang terlalu banyak membuatkan kite kekadang alpa..Ya Allah Engkau lindungilah kami,ahli keluarga kami dan generasi-generasi kami yang akan datang. Ampunilah kami dan janganlah Engkau menghukum kami seandainya kami bersalah. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk terus shabat di jalanMu.




Monday, March 9, 2009

Tahniah Sahabatku..



Tahniah untuk dua orang sahabat baikku...

Buat akakku Wan Amani yang selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya mohd nazri pada 7/3..ana doakan kalian sentiasa tabah dan diberi kemudahan dalam menjalani kehidupan berumahtangga..Tahniah untuk korang. ana?bile? soalan yang sentiasa ditanya oleh sahabat-sahabatku..InsyaAllah ana ada 2 plan:)plan A 6/7/2010 @ plan B 6/7/2011:) macam nak wat program pulak..tapi ana hanya merancang dan segala-galanya ditangan Allah yang menentukan..sape-sape yang nak jadi komiti untuk walimahku bolehlah mendaftar:)huhuhu..ish berangan pulak:) Apepun mintak maaf sesangat k.am ye tak berkesempatan nak pergi walimah korang kebetulan ada program. Hajatnya memang nak pergi Kelantan tapi xde rezeki lagi:) Apepun doakan ana pulak ye k.am.huhuhu

Yang sorang lagi sahabatku ni Nor Azma telah selamat melahirkan baby perempuan yang sangat comel macam uminya;) Fatin Iwani yang menceriakan lagi rumahtangga kalian..kekadang tidak percaya roomateku nie dah jadi ibu:) cepatnya peredaran masa.tarbiyahlah zuriat kite dengan tarbiyyah solehah..Ia adalah amanat dan anugerah Allah untuk dijaga dan dididik menjadi insan mulia..Tahniah jugak untuk korang..

Semoga Allah merahmati kalian semua,Aminnn...

Sunday, March 8, 2009

Sambutan Maulidurrasul..


InsyaAllah..esok umat islam akn menyambut maulid nabi,so rmailah sahabat- sahabatku yng balik kampung. ana je yang tak berkesempatan nak balek..:( kekadang terasa sayu tengok sahabat2 yang laen,terasa sedih  dan rindu kat kampung, of courselah kat parents,mmm...lame x balek..tapi ape yang ana terfikir ia adalah satu mujahadah kat diri ana supaya lebih kuat dalam menghadapi hidup dan ujian:)

hmm..berbalik kepada sambutan maulidurrasul, rmai sahabat-sahabatku bertanya padaku,adakah sambutan maulidurrasul rasul itu bid'ah???mmm...bid'ah? kekadang fobia dengar perkataan tu:) boleh dikatakan tiap-tiap hari orang bercakap pasal bid'ah. ana bukanlah seorang yang arif pasal nie, tetapi adelah bertanya kat ustaz-ustaz...ade seorang ustaz ana cakap persoalan bid'ah nie dah lame wujud,dalam zaman dulu kala lagi, tetapi kenapa kita duk fikir2 sampai pening kepala kan:) kekadang tu membuatkan kita was-was untuk melakukan satu- satu perkara..ustaz ana cakap,kalau rasa benda tu baek,buat  tak perlu nak fikir2 pasal bid'ah.baek kite betulkan bacaan Quran ke,tajwid kite ke,itu lagi berfaedah dari fikir pasal bid'ah,ustaz ana mengatakan ramai manusia2 especialy pelajar-pelajar yang terikut2,sudah tahu sesuatu perkara seperti tahu semua,so kita sebagai pelajar banyak2 kan lah membace kitab2 dan bertanya orang-orang yang arif sebelum mengeluarkan hujah-hujah,takut tersalah bagi pendapat.nauzubillah..jadilah seorang pendakwah yang bijak insyaAllah;)

Ana ade terbace satu artikel tentang pendapat Yusof Al-Qadrawi die mengatakan sambutan maulidurrasul dibolehkan dan tidak termasuk dalam kategori yang dianggap bid'ah..sambutan itu boleh memberi manfaat kepada kita sebagai tanda kita memperingati kembali sirah perjuangan rasulullah dan keperibadiannya yang agung. Tetapi, AL-Qaradhawi juga mengatakan bahwa peringatan Maulid Nabi saw jangan sampai dicampur dengan pelbagai kemungkaran dan penyimpangan syariat serta melakukan apa yang tidak diberikan kekuatan apapun oleh Allah...Beliau mengatakan ramai umat islam yang bertanyakan tentang hukum menyambut maulid nabi,isra' mi'raj, tahun baru hijrah dan sambutan islam yang lain..dan sebab itulah die mengeluarkan fatwa..beliau juga mengingatkan nikmat itu diperintahkan, terpuji dan memang dianjurkan yakni Mengingatkan umat Islam dengan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah Islam yang di dalamnya terdapat pelajaran yang bermanfaat, bukan sesuatu yang tercela, dan tidak boleh disebut sebagai bid’ah atau kesesatan.

So,bagi ana tak salah untuk menyambut maulidurrasul sebagai tanda kasih sayang kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad Solahualaihiwasallam..Pembawa Rahmat seluruh alam.. ia adalah sambutan yang baik dari kite mengagung2kan sambutan perayaan2 barat yang jelas dan zahirnya terdapat kesesatan..Wassalam




 

Jom Bernasyid bersama...


Friday, March 6, 2009

Aurat Dipersendakan???



Aurat? Mungkin kita terlalu biasa dan kemungkinan semuanya sudahpun mengetahui apa yg dimaksudkan dengan aurat.tp adakah kita sekadar mengetahui tetapi tidak mengikutinya bahkan dipersenda-sendakan pula dan menganggap ia adalah perkara biasa..bukankah Allah telah berfirman secara jelas dan tegas dalm AlQuran yg menyeru wanita-wanita yang beriman melabuhkan tudung  ke dadanya,menjaga kehormatannya dan menjaga pandangannya. 

Saya bawakan satu pengalaman saya bertemuramah dengan seorang sister yang perwatakannya oklah bertudung:).saya bertanyakan  kepada dia,ape yang kamu faham tentang aurat?dia menjawab sambil tersenyum pada saya,tp saya x faham apa mksudnya disebalik senyumannya kan:) dia berkata memakai tudung cukup untuk menutup aurat

Saya berfikir adakah tudung sahaja sudah memadai untuk menutup aurat kita sebagai muslimah??? Bagaimana pula dengan anggota yg lain? Bukankah semuany perlu ditutup kecuali muka dan tangan saje yg perlu dizahirkan?? Saya terlalu sedih apabila terlihat wanita- wanita seislam kita tanpa segan silu menzahirkan aurat mereka di khalayak ramai..Apakah tujuan mereka sebenarnya??? Tujuan menzahirkan untuk siapa sebenarnya??cukuplah dizahirkan untuk para mahram kita…

Berbalik kepada persoalan tudung, kebanyakan orang menganggap orang yang bertudung labuh sahaja yg menutup aurat,saya ingin menegaskan, tudung labuh bukan persolannya, persoalanny disini  apakah tudung kita sudah memenuhi kreteria yakni labuh sampai menutup dada..sama-sama kita muhasabah untuk kebaikan diri kita.. 

Satu perkara lagi yang perlu ditegaskan disini mengenai fesyen…konon2nya fesyen muslimah tp antum antunna tengok adakah sepenuh- penuhnya ditutup??? Adakah tudung ditutup melepasi paras dada?? Itulah hakikatnya fesyen zaman sekarang…terikut2 dengan gaya barat..seolah-olah aurat dipersendakan…Terlalu banyak pada zaman sekarang, bertudung tetapi berbaju ketat, terdedah situ, tertedah sini…Adakah antunna semua tidak mengetahui atau buat2 tidak mengetahui? 

Saya nak kita same2 berfikir dan mangambil serius dengan persoalan ini dan firman Allah seperti di atas…Ianya terlalu jelas.Wahai kaum-kaum rijal,peliharalah ahli keluarga kamu dari api neraka..bagi seorang ketua keluarga,didiklah dan jagalah isteri2 dan anak2 kamu dari segala segi.kamu digelar dayus membiarkan ahli keluarga kamu terang-terangan mendedahkan aurat dan ingatlah aurat bukan untuk dipersenda ia adalah hukum Allah yg perlu diikuti dan diambil berat. Untuk para2 isteri kesiankan para2 suami kamu yg menanggung dosa-dosa kamu.akhir kalam…saya sebagai muslimah seislam hanya mampu untuk mengingatkan tapi antum-antunna semuanya yang menilainya…Wallahua'lam..